Friday, January 1, 2010

ANALISIS LAMAN WEB



LAMAN WEB 1




ULASAN KESELURUHAN

Laman web ini mempunyai kaitan dengan tajuk “Jenayah Dalam Islam” yang membincangkan sebatan cara Islam dan hal yang berkaitan dengan perlaksanaan undang jenayah Islam seperti hudud. Dapat disimpulkan perbincangan isu dari laman web ini iaitu hukuman dalam undang jenayah Islam yang dicipta Allah lebih berkesan dan menggerunkan serta mencegah manusia untuk melakukan jenayah. Hal ini kerana Allah yang berkuasa mencampakkan gerun ke dalam hati manusia dan cegahan itu adalah urusan Allah. Berdasarkan sedikit latar belakang mengenai maklumat diri penulis menunjukkan beliau merupakan seorang yang berautoriti dalam isu yang di perbincangkan . Apa yang menarik dengan blog ini ialah menggabungkan teks, imej dan video yang menunjukkan kekuatan maklumat yang disampaikan di samping lebih berkesan kepada para pembaca. Maklumat yang terdapat dalam isu yang diperbincangkan memenuhi kesemua standard pemikiran dan menurut pandangan saya laman web ini sesuai dijadikan panduan pelajar dan guru khususnya




0 comments:

Post a Comment