Friday, January 1, 2010

LAMAN WEB 2




LAMAN WEB 3



ULASAN KESELURUHAN


Pemilik laman web ini oleh Ustaz Rafizal seorang yang mempunyai kepakaran dalam isu yang dibahaskan berdasarkan butir peribadi yang menceritakan tentang tahap pendidikan pemilik laman web ini . Isu yang dikupas adalah tentang cara dan bagaimana pelaksanaaan undang-undang di zaman moden. Ringkasnya di sini, apa yang dapat dikongsikan bersama dari laman web ini iaitu usaha ke arah perlaksanaan perundangan Islam di sesebuah negara pada zaman moden ini memerlukan kekuatan ruh individu muslim itu sendiri. Peminggiran terhadap undang-undang Islam menyebabkan kejatuhan ummat sebagai mana berlaku pada zaman pemerintahan Kamal Attartuk yang menolak sistem perundangan Islam yang akhirnya membawa kejatuhan kerajaan sekular Turki. Juga dibincangkan mengenai langkah-langkah ke arah perlaksanaan perundangan Islam di zaman moden termasuklah dengan mewujudkan institusi kajian yang berautoriti, membina kesedaran masyarakat tentang pentingnya undang-undang Islam, penggubalan perundangan Islam dalam bentuk akta dan statut serta penguatkuasaan undang-undang Islam secara beransur-ansur. Laman web ini menepati kesemua standard pemikiran dan sesuai dijadikan panduan. Kombinasi dengan elemen beteraskan imej, audio atau video perlu di wujudkan agar lebih menarik dan berkesan.


LAMAN WEB 4





ULASAN KESELURUHAN

Laman web ini merupakan pertubuhan rasmi oleh badan PMRAM (Persatuan Melayu Republik Arab Mesir). Terdapat artikel yang ditulis oleh Jamnul al-Azhar yang merupakan seorang doktor perubatan yang mempunyai kepakaran dalam isu yang dibincangkan berdasarkan latar belakang pendidikan penulis yang pernah menerima pendidikan di Mesir dalam bidang perubatan dan bidang syariah.. Isu yang dibincangkan ialah hikmah di sebalik perlaksanaan hukum hudud menurut al-Quran dan Sains. Melihat hikmah hukuman hudud dari perspektif sains antara jalan terbaik menimbulkan keyakinan umat Islam khususnya dan bukan penganut Islam mengakui kebenaran dan kehebatan undang-udang ciptaan Allah. Laman web ini menepati kesemua standard pemikiran dan sesuai dijadikan rujukan pembaca.

0 comments:

Post a Comment