Friday, December 18, 2009

Merujuk kepada jadual dan graf peratusan 50 laman web di atas, menunjukkan hasil yang diperolehi melalui proses analisis dan penilaian berdasarkan standard pemikiran. Kadar peratusan yang paling tinggi adalah 100% bagi kriteria relevan dan adil dari 50 laman web yang dikaji manakala kadar peratusan paling rendah adalah 66% bagi kriteria meluas iaitu hanya 33 dari 50 laman web sahaja yang menepati kriteria keluasan. Hal ini kerana, maklumat yang disampaikan tidak cukup meluas di mana kurang mengambil kepelbagaian pandangan dan sesuatu isu kurang dilihat dengan cara yang lain.


Adapun bagi kriteria yang mempuyai kadar peratusan agak tinggi iaitu 90% ke atas seperti kriteria ketepatan sebanyak 90%, logik sebanyak 98% , signifikan sebanyak 96%, dan hikmah sebanyak 98%. Dilihat dari segi kriteria ketepatan merujuk kepada segala maklumat yang disampaikan adalah benar berdasarkan sumber rujukan yang sahih dan muktabar. Bagi laman web yang memenuhi kriteria logik pula di mana maklumat yang disampaikan munasabah dan boleh diterima akal, wujudnya keselarasan perenggan pertama dengan perenggan terakhir dan berdasarkan bukti. Manakala bagi kriteria signifikan atau penting pula, penyampaian maklumat berkaitan isu memfokuskan kepada isi-isi penting sementara bagi laman web yang memenuhi krteria hikmah pula di mana maklumat yang disampaikan berdasarkan berdasarkan dalil syarak dan bukan berpandu teori akal semata-mata.


Sehubungan dengan itu, hasil analisis terhadap 50 laman web berdasarkan standard pemikiran yang mempunyai kadar peratusan di bawah 80% iaitu bagi kriteria kejelasan sebanyak 76%, terperinci sebanyak 70%, mendalam sebanyak 72 , dan meluas sebanyak 66%. Laman-laman web yang tidak memenuhi keempat-empat kritria standard pemikiran sebagai mana yang dinyatakan sebelum ini, di mana terdapat maklumat yang diberikan berkaitan isu perbincangan adalah kurang jelas di mana maklumat tidak dihurai dengan lebih lanjut, kurang terperinci disebabkan maklumat tidak diperincikan dan dispesifikkan lagi, kurang mendalam bermaksud tidak mempertmbangkan kompleksiti berkaian isu dan kurang meluas di mana maklumat kurang meihat sesuatuisu dari pelbagai sudut andangandan cara yang berbeza.


Hasil dapatan kajian yang diperolehi pengkaji menunjukkan sesetengah laman web mempunyai kelemahan dalam memenuhi kesemua kriteria standard pemikiran yang ditetapkan. Namun begitu, pengkaji berpendapat bukanlah bermakna laman web ini tidak sesuai dijadikan rujukan. Masih ada laman web yang kurang menepati standard pemikiran tetapi mempunyai kadar peratusan 80% ke atas walaupun tidak memenuhi kesemuanya sekali. Sehubungan dengan itu juga, melalui pengamatan pengkaji sepanjang proses kajian ini, didapati walaupun terdapat di antara laman web yang dianalisis kurang memenuhi kriteria standard pemikiran sama ada dua atau lebih kriteria yang menunjukkan titik kelemahan dalam penyampaian maklumat tersebut, akan tetapi memandangkan isu yang dikupas itu ditulis dalam kalangan mereka yang berautoriti dalam bidang tersebut, secara tidak lansung menjadikan penyampaian maklumat itu lebih kuat dan bermakna. Kadang kala, mereka yang pakar dalam bidang yang ditulis itu hanya membuat ulasan keseluruhan dan tidak dibincangkan secara panjang lebar sehinggakan kemungkinan kriteria standard pemikiran yang digariskan tidak ditepati.



0 comments:

Post a Comment